.: What Time Is It?Party Time! :.

Thursday, August 11, 2011

MARI MEMASAK DALAM RANCANGAN " KETUK-KETUK KEPALA HANG.." BERSAMA CHEF HAZRA~



Semalam iols tersangat tensen dengan kerja.. Badan sorang, kerja mcm nak 3 orang! Tensen weh... Sebab tensen iols telah bertekad untuk balik seawal 4.30pm tepat(Ramadhan working hour) namun apakan daya, manusia hanya boleh merancang... Iols stuck in the ISO Meeting yang seriyes "INI SAKIT OTAK" ditambah dgn aircond dalam meeting room tu yang maha dingin. macamla kitorang ni duduk kat gurun sahara yang suhu aircond kena -ve darjah celcius!!


Ok, semalam dapat escape dari opis dalam kul 5.00pm.. Akak stress lalu akak nak masak! Bergegas weh akak gi cari bahan... Ntah sempat ntah tidak, sebab nak masak bubur amik masa lama jugak.. aku pun menggagahkan diri mencari bahan2nye.. Rempah pun aku amek yang murah dan bercampur banyak dalam satu pek.. Apa nama rempah tu, aku pun tak tahu, campak jela dalam nasi tu nanti~

Cantek la... bau bubur lambuk tu mmg dah ada iras2 dah.. housemate balik pun semua dok ckp, "Hmm, sedapnye bau, sape masak ni? " Akak yangh gedik2 malu ni pun cakap, " hehehe, kami yang masak.. saje je.. sebab kami rasa cam malas nak beli...teringin nak makan bubur je harini.." Lenguh weh tunggu bubur ni masak... Apa-apa pun.. TARAAAAAA!!!!!

Puan2, inilah ye resepi kita untuk harini dalam rancangan "KETUK-KETUK KEPALA HANG"... Rasa boleh tahan la.. (Tu housemate akak yang cakap ek, bukan akak yang cakap) Siap bertambah2.. happy pulak akak tengok orang makan...Percubaan pertama ni kira lulus la... Sape nak isi borang untuk jadi calon hubby, sila e-mail je la eh..

Kalo akak tak busy, akak reply *flip hair*

hohohoho~

101 WAYS TO LOVE YOUR JOB!




Ok, dude n dudettes~
Tired of your job ? Below are the tips to love your job and why u should love your job!!!!! Check it out~

1. Your job injects money into your account
2. Your job injects money into your account
3. Your job injects money into your account
4. Your job injects money into your account
5. Your job injects money into your account
6. Your job injects money into your account
7. Your job injects money into your account
8. Your job injects money into your account
9. Your job injects money into your account
10. Your job injects money into your account
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
101. Your job injects money into your account

*This is probably my problem..Salah diri sendiri jugaklah!*

Tuesday, August 2, 2011

MALAYSIA vs SINGAPORE

Harimau Malaya (Roooaarrrr~~eh, lion pun roarrr gak kan???)

********

Agak lambat untuk saya update pasal Perlawanan Kelayakkan Piala Dunia 2014 ni... Dah nak seminggu dah kut game tu berlangsung and kita kalah ( so saddd~~) tapi kita bukan loserrrr!!!!! Seriyes, boleh dibanggakan jugak Team Harimau Malaya kita ni sebenarnya walaupun yela, still there's room for improvement.. Senang cerita, Harimau Malaya main macho compared to Merlion.. Hmm, takpela, maybe bukan 2014, who knew 2018 pulak nanti??? (adeh, akak umur dah berapa dah time tu ek??Mak aiii, dah umur 33 tahun dahhh!!! OMG, tetiba akak goosebump~~~~~~)

The crowd!!!

********

Hmm, semangat ke tak iols haritu, sanggup ni turun pi tengok bola kat Stadium Nasional Bukit Jalil tu! Amirul Hadi errr... Harimau Malaya punya pasal, akak sanggup ni meredah lautan manusia seorang diri! Semangat kenegaraan tetiba menebal nok!!Rasa cam nak nyanyi lagu Negaraku dan-dan tu jugak!

Tengok tang tudung je dah menunjukkan semangat penulis pada ketika itu. Sorang2 pun layannnnnnzzzz~~


********

One whole day masa tu ada meeting ISO, pukul 4.00pm akak dah menggelisah mcm cacing kepanasan. Dalam hati "Bilerr nak abis meetingg ni oooiiii!!!! Dah dah la oiii!!!! xtahu ke aku nak gi tengok bola ni oiii????? Boleh tak korang buat sensorang je oiiii!!!" Sikit punya tak senang duduk, akhirnya dalam pukul 5.30pm meeting pun adjourned... (cis, niat hati nak ponteng balik awal dalam kul 5.00pm, kalo dah kul 5.30 pm baik takyah...serupa jek mcm balik working hour biasa!Duhh...) Setel je keje, terus pecut cam transformers balik umah, mandi2, siap2, pecut balik g Putrajaya Sentral... Ok, jam menunjukkan pukul 6.30pm. Sempat tak agaknya??? Jimie yang bergerak seawal 3.00pm tadi menaiki komuter, kini sudah selamat tiba di Stadium Bukit Jalil pukul 5.30pm. (Giler awal ko Jimie!). Dia cakap, dia pernah ada pengalaman datang lambat, so dia mmg keluar awal, lagi2 semangat rimau dia kali ni lain macam katanya... Jimie ajak jumpa, tapi weh, berpuluh ribu manusia kot, so kalo jumpa tu jumpalah... tapi rasanya mcm tak jumpa je... Terima kasih atas ingatan kamu Jimie terhadap ku.. hohohoho...

OK, 6.30pm, beratur nak beli tiket erl je dah beratur panjang, nasib manage to get the tix before train arrived. Naik ERL still convenient lagi even ramai orang. Time nilah ye adik2, lelaki2 kacak serta macho keluar dari sarang mereka... Seriyes, rambang mata! hahahahaha! Masaalah mula terlihat apabila sampai kat Stesen Bandar Tasik Selatan, kat sini kena tukar train, naik STAR LRT untuk ke Bukit Jalil.. Damn, ramai giler orangg!!! Nasib aku lone ranger, senang2 je aku selit2 untuk dapat ticket and masuk dalam train yang pack macam sardin!(Sardin pun ada ruang untuk kuah dia tau!).. Time ni agak seksa, satu: berhimpit2 tak kira laki pompuan (nasib aku selit2 dgn satu couple ni, so aku himpit kat awek tu jela and nasib baik hand bag akak besar, banyak perlindungan dapat diberi oleh beg tersebut.. hehehe) 2 stesen rasa cam neraka weh, panas, busuk, geli, menyampah(time ni lah ada yang gedix2 kan) semua ada....nasib baik aku tinggi, so dapatlah sedut udara lebih segar! Alhamdulillah diciptakan tinggi!

The venue and the people

********

Sampai je Bukit Jalil dalam kul 7.30pm,ramainya manusia! Semangat jugak aku tengok, sebab semua pakai baju team Msia (mostly kuning) and muka conteng2, rambut mohawk kuning (wtfish???!!!), gamat dengan suara penyokong Malaysia.. Semangat weh time ni! aku pun terjoin excited!! Biasalah, aku nak skip citer pasal selit2 cari entrance, selit2 beli air.. bla.. bla.....

Seat dah cantek, tapi ada polis bantuan dekat depan tu pulak dok berdiri n menghalang view.. terpaksa teleng2 dan jenguk2!! adehhh~

********
I managed to find a seat, sebab datang sorang2 senang, satu seat senang nak cari.. Ok, mula2 tu akak control jela kan, yela, tak kenal sesapa pun kiri kanan, nak excited lebih2 malu weh... Time buat wave tu, kegedikkan iols dah tak dapat dibendung! Maka terwave jugaklah seorang2 time tu.. Weh, sape tak nak join the excitement!? Hehehe, kegedikkan akak lebih terserlah bila player Malaysia dah masuk padang warming up! Sungguh gedik time tu.... Nampak je dari jauh si rambut oren, KFCM, Safee, Kunalan (aku respek dia ni, tak penat2 weh berlari) tengah buat warming up... takpe, still in control lagi sampai la game starts! Mmg emosi sungguh tengok game ni, iols pun dah buat mcm kat umah dah la... Satu je pasal penyokong Malaysia ni yang akak tak berapa berkenan, dorang ni tak konsisten menyokong pasukan kita.. Bila silap so whatever crap, dorang dah tak being supportive lagi... have faith jela.. selagi masa belum habis, kena la support.. ni tak, ada yang balik wal sebab sakit hati kut.. Tak sporting lah dorang ni... Ni belum lagi bab mem'booo' lagu kebangsaan negara lain. Weh, cuba orang buat camtu kat kita, tak ke hangin???? Biar org buat jahat kat kita, kita maintain gentle jela.... Tak yah nak menunjukkan kelemahan kita....Satu lagi yang cukup tak berkenan, penyokong yang smoking kat dalam stadium tu..Tak boleh respek orang lain ke????? Aku sampai semput2 tau nak bagi sokongan moral kat amirul hadi tu....Asal korang tu dah la busuk, banyak, menyemak dada orang lain tahu tak???????

Players keliling padang and seek for apologize from their supporters! (aww, terharu~ amirul hadi, kfcm,safee dll)


********

Ok, iols dah start emosi dah nampaknya..........................

Bila balik, akak terserempak dgn best fren ku. Yang tak best nye, dia still lagi keluar ngan mamat laki orang yang bini dia tgh mengandung kat umah! Yeah, pergi ramai2 whatever crap!!Seriyes, terus akak emo.. lelaki mcm ni lah yang buat perempuan macam iols ni jd trauma berminggu2 tahu tak????! Lelaki mcm ni lah yang boleh mengubah the way perempuan mcm iols see the life....Lelaki mcmni lah yang boleh lumatkan hati perempuan macam iols.. Please lah! Be faithful! Hmm, ntahla.. tak tahu nak cakap pe... emosi tetiba .. bubuyyyy~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...